Semalam, abang ajak aku keluar waktu lunch.. kitorg gi ke Mydin USJ.. lunch kat food court sebelum shopping.. tapi kejap jerlaa.. ada masa sejam je pon.. aku dah beli bengkung, minyak telon, flask air panas.. sebenarnya ada lagi barang nak beli tapi tak sempat.. abang suruh aku beli barang mana yg ternampak tapi aku tanak.. yerlaa, perempuan ni
By end of this week, semua barang penting patutnya dah ada dan dimasukkan dlm bakul nak bawak ke hospital.. baby diapers, sepersalinan pakaian baby, nursing pad, towel baby dah ada dlm bakul tu.. skang ni aku kena dapatkan kain batik, disposable panties, maternity bra, barut baby.. yg lain2 tu beli kemudian pon takpe.. kalo buat kira-kira, banyak gak duit abis.. tapi abang kata kalau boleh first baby ni semuanya nak serba baru..
Esok abang kata tanak OT.. kitorg plan nak gi shopping.. bab shopping ni memang aku excited walopon kekadang aku tak beli pape pon.. hmm bestnya.. tulaa abang kata, rasanya aku akan bersalin awal sbb asyik berjalan je.. dah dapat isteri kaki berjalan nak wat camne
Ni langit dah mendung.. semalam ujan lebat sampai banjir depan ofis ni.. jalan jem teruk.. arini ujan lebat lagi ke? Harap2 hujan turun selepas kitorg pulang laa..
Semalam aku tidak berkesempatan nak update blog.. sebelah pagi, aku dan abang half day sbb gi check up.. kali ni kitorg tiba kol 8.15am.. lepas mendaftar, kitorg gi breakfast.. aku merupakan patient pertama (sama seperti check up yg lepas).. doctor memberikan suntikan kancing gigi kepadaku (dos ke 2)..
Menurut doctor, berat badan aku bertambah secara berlebihan kali ini.. masa berbaring atas katil tu, dia just pegang je perut aku dan bercadang 2 minggu lagi baru dia scan.. tapi katanya kalau baby besar, baru dia scan.. mujurlah baby membesar mengikut usia yg sepatutnya.. so aku tak dpt tgk baby.. kesimpulan yg dpt dibuat, baby ok tapi mama yg bertambah gemuk.. adakah berat disebabkan lemak berlebihan ataupon air yg byk dlm badan?
Perkhabaran itu sebenarnya merisaukan aku.. seperti yg aku cerita dlm entry yg lepas2, aku memang tgh berselera nak makan.. but I don’t think I ate too much.. tambahan plak aku tak makan ubat vitamin ataupon kalsium yg doctor bagi tu.. so kenapa boleh membesar dgn jayanya? abang cadangkan aku stop minum susu tapi aku risau plak kalau calcium intake tak mencukupi.. Persoalannya sekarang, wajarkah aku berdiet atau puasa during this third trimester?
Pertemuan aku dgn doctor semalam amat singkat disebabkan ada urgent case di wad.. ditambah pula dgn seorang ibu muda yg menangis ketika menunggu giliran.. dia mengalami kesakitan di bahagian perut.. tatau laa dia nak bersalin ke, tapi kalo tgk perutnya kecik je.. risau aku tgk keadaan itu.. mudah-mudahan ketika aku nak bersalin nanti janganlah berlaku sebarang masalah..
Baby dah berusia 34 minggu.. rasanya amat padat dlm
Buat pengetahuan semua, telefon bimbitku yg berjenama Samsung itu telah rosak.. skrinnya bercahaya tapi tidak terpampang sebarang tulisan atau gambar.. telefon itu masih boleh menerima / membuat panggilan tapi sgt sukar untuk aku mengetahui siapa pemanggilnya.. disebabkan itu juga, aku kehilangan semua contact nama dlm phone itu kerana aku tidak save dlm sim card.. kalau korang baik hati, sila laa sms aku nombor hp korang..
Pagi semalam, aku dan abang gi parkson kat rawang.. beli barangan baby skit2.. then singgah ke kedai hp.. aku tanya org tu tentang kerosakan skrin hp aku.. katanya berpunca daripada band / belt kat slide tu mungkin terputus.. ni laa kekurangan telefon slide.. dia kata boleh dibaiki dgn kos RM 150+ dan siap dlm masa 2 minggu (sbb kena hantar ke kilang Samsung)..
Aku yg takleh hidup tanpa hp memang takleh laa nak tunggu selama itu.. therefore aku beli laa hp baru (jenama Samsung dan slide juga).. tapi yg murah je.. kalau thn 2000 dulu, harga hp nokia 3310 pon lebih mahal daripada harga hp ni.. spec hp baru ni: mempunyai VGA camera, Bluetooth, FM radio & music player, 2G memory.. kire ok laa, bukannya nak yg canggih sgt..
Ptg semalam, kitorg gi melawat sepupu aku (anak mak ngah) yg baru bersalin baby girl secara C-section.. risau plak dgr cerita dia.. semasa weekly check up, doctor tu tak scan pon, just pegang2 guna tangan je.. memang dia dah rasa baby melintang, tp doktor kata nanti baby akan berubah kedudukan bila nak lahir.. sikit pon doctor tu tak nasihatkan suruh berurut ke buat apa yg patut.. Bila tiba masa sakit nak bersalin, doctor tu kata nak operate.. nasib setiap orang tu lain-lain
** kepada kawan-kawan, tolong laa bagi no hp korang ek.. TQ
Sabtu: 1pm, aku dan abang gi kenduri cukur jambul kat Mutiara Gombak.. 2pm, bergerak dr umah kenduri menuju ke Menara Telekom.. bukan nak gi ofis TM tu, tapi nak gi umah Nura yg terletak berdekatan dgn bangunan itu.. kol 3pm baru kitorg sampai..
Kat umah nura ada Sem, Zara, Aliaa, family Hafidz.. diorg dah sampai awal.. then tak lama lepas tu tiba pula Fatin dan Azhar.. seronok juga berkumpul ala2 gathering bekas Lancastrian ni.. ada 2 orang baby di situ, anak hafidz (Anas Ridhwan) dan juga anak Nura (Farhana).. seperti biasa, Zara akan menjalankan tugas sebagai baby sitter..
Kol 4, aku dan abang beransur pula ke Tasik Permaisuri, Cheras.. makan lagi di majlis sambutan harijadi Najwa.. bape byk makan daa.. macam-macam makanan dihidangkan, antaranya Sate, Pulut kuning + rendang ayam, mee sup, kek n dessert.. penuh perut aku ni.. Mujurlaa 3 umah saja kitorg gi sepanjang aritu..
Mlm tu, kitorg berehat saja di umah.. tgk rancangan sehati berdansa di Astro Ria.. antara peserta yg agak menonjol adalah Isma (AF7), Didie Alias, Sazzy Falak dan Enot.. yg lain tu tak berapa popular (Dira, Anita, Sein, Mirnawan, Oshin).. seperti tahun2 lepas, aku ramalkan peserta yg popular akan menjuarai pertandingan ini..
~ Tido awal sbb penat makan.. huhu
Semalam termakbul jua hajat utk makan seafood.. disebabkan orang yg blanje tu sampai lambat, dia suruh kitorg order sendiri.. maka kitorg order ayam pandan, butter prawn, soft shell crab with salted egg, kerapu sweet sour, broccoli with black mushroom dan tomyam seafood.. air plak aku mintak jus tembikai..
Arini nak gi makan kat luar lagi.. bukan org blanje, tapi ada urusan di luar, waktu lunch karang.. perut masih kenyang lagi makan mee goreng.. pagi ni takde buat byk keje sbb system down.. lama plak tu, almost 2 hours.. mengantuk aku tunggu sampai system ok semula..
Weekend ni (Sabtu) insyaAllah aku gi umah Nura.. kepada korang yg free tu, meh laa gi skali.. pagi tu maybe gi kenduri cukur jambul kat Gombak.. 25hb, Along jemput kitorg makan-makan sempena bday Najwa.. hmm tak abis lagi majlis makan ni
To Ely: Congratulations.. semoga ibu dan baby sihat sentiasa.. J
| Previous Page | Next Page |

| << November 2009 >> | ||||||
| Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
| 01 | 02 | 03 | 04 | 05 | 06 | 07 |
| 08 | 09 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | |||||