gay village
Monday, November 02, 2009
Menatap Matamu


Aku suka lagu yg dinyanyikan oleh Aril (AF7) ni sbb sempoi gile.. layannnn

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun



nilam @ 4:19 pm
Make a comment
Monday, November 02, 2009
Bulan ini bulan yang istimewa


Bulan November telah tiba.. perasaan excited, risau, gembira semua bercampur baur.. aku dan abang ramalkan yg baby akan lahir hujung bulan ni.. hopefully 30 Nov.. hehe.. kenapa 30 nov? sbb kalau boleh aku tanak start cuti bersalin pada hari cuti am ataupon weekend, rugi laa kan? 60 hari cuti bersalin dikira dari tarikh lahir baby.. apa-apa pon, hanya Allah yg dpt menentukan bila lahirnya baby ni..

 

Dulu aku pikir cam best je kalo baby sama bday ngan aku (27 Nov).. tambahan pula thn ni 27 Nov jatuh pada Raya Haji.. skang ni bila pikir cam tak best plak.. sbbnya bila kitorg sambut bday bersama-sama, maka kuranglaa budget hadiah daripada abang.. hehe.. hmm apa nak kisah pon sebenarnya? Sejak dari awal perhubungan aku dgn abang, kitorg bukannya jenis main tukar2 hadiah cam zaman belajar dulu..

 

Semalam aku try dan praktis menggunakan manual breast pump.. walopon takde susu lagi, ia untuk membiasakan aku guna benda tu.. kalo salah pegang, nanti angin akan masuk dlm pump tu dan menghasilkan bunyi cam kentut.. tapi jangan laa praktis lama sgt sbb ia boleh mengakibatkan sakit pada puting.. menurut akak kat ofis ni, ia boleh stimulate prengeluaran susu.. nanti takde laa terkial-kial nak menyusukan baby kat hospital (especially kalo bersalin kat hospital kerajaan).. nurse akan paksa ibu menyusukan baby walopon takde susu dan marah kalo bagi baby minum susu formula.. tak logic kan?

 

Hmm jap lagi nak balik dah.. langit mendung je.. camne ni? Bosan mengadap kesesakan lalulintas bila hujan turun..



nilam @ 4:07 pm
Make a comment
Monday, November 02, 2009
Shopping sepanjang hari


Sabtu: sepanjang hari kitorg tak lekat kat umah.. pagi tu aku bangun awal, rajin laa plak nak masak nasi goreng.. kol 11, kitorg keluar gi Plaza Alam Sentral.. 1st skali kitorg gi usha laptop untuk Kak Chik.. dia mintak tolong abang belikan laptop di atas kenaikan pangkatnya.. skang ni harga laptop dah murah berbanding zaman aku blajar dulu.. siap boleh beli secara kredit (monthly installment selama 12 bulan plak tu)..

 

Then kitorg masuk The Store untuk membeli barangan baby.. duit abis RM100 sedangkan barang yg dibeli ciput je.. aku siap kire harga dlm resit tu seolah2 tak percaya (takut cashier tu salah key in!).. lepas tu kitorg gi Sri Muda sbb abang nak survey motor.. katanya senang nak gi mana2 tempat yg dekat.. setakat gi kedai sekangkang kera takkan nak naik turun kete..

 

Ptg tu gi plak ke Mydin USJ untuk menyempurnakan hajat shopping yg tak kesampaian Khamis lepas.. macam-macam barang yg dibeli.. total perbelanjaan di sana RM 250.. hmm demi babyku sayang, takpelaa.. semua barang keperluan dah ada.. bakul nak bawak ke hospital pon dah penuh.. lega rasanya..

 

Lagi satu barang idamanku dah dibeli iaitu digicam.. motif utama adalah untuk amik gambar masa pregnant dan jugak gambar baby nanti.. percaya tak kalo aku ckp yg aku takde satu pon gambar perut memboyot eventhough dah dekat nak bersalin? mulanya nak beli digicam Olympus yg tgh promotion kat Mydin.. tapi yg menyakitkan hati, promoter tu gi rehat tanpa ada org menggantikannya.. akhirnya kitorg beli digicam Nikon kat kedai kecil luar Mydin tu.. promoter tu kata Olympus tak elok dan byk problem.. memang terbukti pon sbb digicam aku yg lama tu optical zoomnya rosak..

 

Mlm tu kitorg gi umah Kak Chik untuk menghantar laptop yg baru dibeli.. kembali ke Shah Alam jam 1am.. mengantuk.. zzzz…



nilam @ 11:19 am
Make a comment
Friday, October 30, 2009
semalam dan esok


Semalam, abang ajak aku keluar waktu lunch.. kitorg gi ke Mydin USJ.. lunch kat food court sebelum shopping.. tapi kejap jerlaa.. ada masa sejam je pon.. aku dah beli bengkung, minyak telon, flask air panas.. sebenarnya ada lagi barang nak beli tapi tak sempat.. abang suruh aku beli barang mana yg ternampak tapi aku tanak.. yerlaa, perempuan ni kan jenis teliti skit.. kena compare harga laa, design, warna..

 

By end of this week, semua barang penting patutnya dah ada dan dimasukkan dlm bakul nak bawak ke hospital..  baby diapers, sepersalinan pakaian baby, nursing pad, towel baby dah ada dlm bakul tu.. skang ni aku kena dapatkan kain batik, disposable panties, maternity bra, barut baby.. yg lain2 tu beli kemudian pon takpe.. kalo buat kira-kira, banyak gak duit abis.. tapi abang kata kalau boleh first baby ni semuanya nak serba baru..

 

Esok abang kata tanak OT.. kitorg plan nak gi shopping.. bab shopping ni memang aku excited walopon kekadang aku tak beli pape pon.. hmm bestnya.. tulaa abang kata, rasanya aku akan bersalin awal sbb asyik berjalan je.. dah dapat isteri kaki berjalan nak wat camne kan.. kalo duit byk, dah lama aku ajak abang gi oversea..

 

Ni langit dah mendung.. semalam ujan lebat sampai banjir depan ofis ni.. jalan jem teruk.. arini ujan lebat lagi ke? Harap2 hujan turun selepas kitorg pulang laa..



nilam @ 4:11 pm
Make a comment
Wednesday, October 28, 2009
Overwieght


Semalam aku tidak berkesempatan nak update blog.. sebelah pagi, aku dan abang half day sbb gi check up.. kali ni kitorg tiba kol 8.15am.. lepas mendaftar, kitorg gi breakfast.. aku merupakan patient pertama (sama seperti check up yg lepas).. doctor memberikan suntikan kancing gigi kepadaku (dos ke 2)..

 

Menurut doctor, berat badan aku bertambah secara berlebihan kali ini.. masa berbaring atas katil tu, dia just pegang je perut aku dan bercadang 2 minggu lagi baru dia scan.. tapi katanya kalau baby besar, baru dia scan.. mujurlah baby membesar mengikut usia yg sepatutnya.. so aku tak dpt tgk baby.. kesimpulan yg dpt dibuat, baby ok tapi mama yg bertambah gemuk.. adakah berat disebabkan lemak berlebihan ataupon air yg byk dlm badan?

 

Perkhabaran itu sebenarnya merisaukan aku.. seperti yg aku cerita dlm entry yg lepas2, aku memang tgh berselera nak makan.. but I don’t think I ate too much.. tambahan plak aku tak makan ubat vitamin ataupon kalsium yg doctor bagi tu.. so kenapa boleh membesar dgn jayanya? abang cadangkan aku stop minum susu tapi aku risau plak kalau calcium intake tak mencukupi.. Persoalannya sekarang, wajarkah aku berdiet atau puasa during this third trimester?

 

Pertemuan aku dgn doctor semalam amat singkat disebabkan ada urgent case di wad.. ditambah pula dgn seorang ibu muda yg menangis ketika menunggu giliran.. dia mengalami kesakitan di bahagian perut.. tatau laa dia nak bersalin ke, tapi kalo tgk perutnya kecik je.. risau aku tgk keadaan itu.. mudah-mudahan ketika aku nak bersalin nanti janganlah berlaku sebarang masalah..

 

Baby dah berusia 34 minggu.. rasanya amat padat dlm sana.. perut aku pon dah memboyot ke depan.. kedudukannya kepala baby sudah berada di bawah cuma belum engage saja.. setiap pergerakan dia memang dapat dirasa dan dilihat dgn jelas.. sabar yer baby.. insyaAllah lagi 4 minggu baby boleh melihat dunia.. mama & ayah sabar menantikan kehadiran kamu..



nilam @ 3:19 pm
Comments (3)
Next Page
About Me


PuTeRiNiLaM @ KeNTaNG
27 Nov 1983

FaVouRiTeS
Alya - My Princess
My Personality Test
My Fotopage
WaniCute
Fina
Kak Lina - Birasku
Ely
Afzan
EE
Zara
Iman
Aliaa
Ajee
Hazawani
Utusan Online
Calendar
<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30
Tagboard
   
Links

What Your Soul Really Looks Like
You are a warm hearted and open minded person. It's easy for you to forgive and forget. You are a grounded person, but you also leave room for imagination and dreams. Your feet may be on the ground, but your head is in the clouds. You believe that people see you as larger than life and important. While this is true, they also think you're a bit full of yourself. Your near future is a lot like the present, and as far as you're concerned, that's a very good thing. For you, love is all about caring and comfort. You couldn't fall in love with someone you didn't trust.
Inside the Room of Your Soul

People Envy Your Compassion
You have a kind heart and an unusual empathy for all living creatures. You tend to absorb others' happiness and pain. People envy your compassion, and more importantly, the connections it helps you build. And compassionate as you are, you feel for them.
What Do People Envy About You?

Your Blogging Type is Logical and Principled
You like to voice your well thought out opinions on your blog. And if someone doesn't what you write, you really don't care! Serious and blunt, sometimes people take your blog the wrong way. But you're a true and loyal friend to those who truly get you.
What's Your Blogging Personality?

You Are A Lily
You are a nurturer and all around natural therapist. People see you as their rock. And they are able to depend on you. You are a soothing influence. You can make people feel better with a few words. Your caring has more of an impact than even you realize.
What Flower Are You?

Guys Like That You're Charming
You're the girl most guys can't get out of their heads Even if they met you on a bad hair day :-) You just seem to "click" with everyone you meet So even if a guy forgets about you for a second... his friends haven't!
What Do Guys Like About You?

You Are A Professional Girlfriend!
You are the perfect girlfriend - big surprise! Heaven knows you've had enough practice. That's why you're a total pro. If there was an Emily Post of girlfriends, it would be you. You know how to act in every situation ... to make both you and your guy happy.
What Kind of Girlfriend Are You?


Contact Me
rss feed
Credits

BLOGDRIVE
TEMPLATES

Bella Blooming