gay village
Thursday, November 19, 2009
Maxis Value Plus


Aku baru je dapat panggilan telefon daripada promoter Maxis.. org tu promote value plus (500 SMS dan caj panggilan rendah ketika weekend).. aku dgr je penerangan dia tu tanpa memberi sebarang komen.. disebabkan no hp aku adalah di bawah nama abang, promoter tu kata nak call abang.. aku biar jerlaa.. Bila promoter tu call abang, boleh plak dia kata yg aku berminat dgn promosi tu dan nak mintak no IC abang sebagai confirmation.. abang kata tanak dan terus marah kat promoter tu..

 

Untuk pengetahuan korang, promoter tu kata promosi ni hanya dari 14 November dan berakhir 14 December.. tipu je lebih.. abang dah terkena promosi ni dlm bulan oktober lepas.. disebabkan abang tgh bz ketika dapat panggilan dari Maxis tu, abang accept je tanpa byk bicara.. tgk2 kena caj RM8 sedangkan fixed monthly allowance kitorg pon tak abis digunakan.. rugi RM8.. Abang baru je terminate bende tu this month.. tgk2 Maxis nak promote lagi.. maka abang naik angin laa..

 

Kesimpulannya di sini, korang kena dgr promosi melalui telefon ni dgn teliti sebelum memberikan sebarang confirmation.. dgn hanya menyebut no IC, maxis dgn sewenang-wenangnya menindas kita dan mengenakan caj tambahan yg tak berguna pon.. senang je kan? Takyah tandatangan dan takde black n white, tetiba dah ada perubahan dlm perjanjian asal masa mula-mula kita amik line phone tu.. Zaman semakin canggih ni membuatkan kite senang tertipu..



nilam @ 11:26 am
Comments (2)
Thursday, November 19, 2009
Takde mood


Ptg semalam kitorg balik lambat.. abang OT sejam.. then singgah plak ke Kota Kemuning beli anak ikan.. sampai umah dlm kol 7 lebih.. mlm tadi keletihan sgt.. seperti biasa aku baring untuk merehatkan badan dan minda.. abang pon join skali.. plan nak tido kejap je.. tgk2 kol 12 tgh mlm baru tersedar.. Kesian sgt kat abang sbb aku tak masak apa pon.. selalunya aku akan bangun kol 9 lebih untuk masak then kejutkan abang..

 

Di tgh malam, sempat jugak aku basuh pinggan, masukkan baju kotor dlm mesin basuh, angkat baju yg tersidai dan lipat baju.. lepak jap dpn akuarium tgk ikan kecil berenang2 sebelum sambung tido semula..

 

Bila perut kosong ni, kedudukan baby aku rasakan agak pelik.. maybe ruang sekelilingnya lebih luas dan baby boleh bergerak aktif berbanding biasa.. kenapa aku kata pelik? Sbb aku boleh berjalan dgn jayanya tanpa kesakitan di bahagian ari-ari.. aku boleh lipat kaki dan bersila.. aku boleh bersimpuh dgn tenang.. aku rasa bebanan di bahagian tulang pelvis pon berkurang..

 

Patutnya aku rasa seronok kan? Tapi aku rasa sebaliknya.. aku risau kalau2 baby berpusing dan berkeadaan songsang.. dah laa aku takleh nak tau perkembangan baby skang ni.. next check up ari selasa.. lambat lagi.. huhu moga dijauhkan segala kemungkinan tidak elok itu..

 

Mlm esok kitorg nak balik Rawang.. sabtu nak gi Maybank untuk aktifkan semula akaun yg dah lama takde transaksi tu.. mujurlaa maybank cawangan rawang bukak pada hari sabtu.. pastu tatau laa nak watpe.. haa aku ingat nak ajak abang gi jalan2 tepi tasik ke shopping complex ke.. kalo rajin berjalan, katanya akan memudahkan proses bersalin..



nilam @ 10:38 am
Make a comment
Tuesday, November 17, 2009
Kembang Kuncup


Skang ni badan aku kembang semula.. kaki bengkak lagi.. menurut sorang akak ni, bila cukup 3 kali proses kembang kuncup (hehe), itu tandanya hari bersalin makin dekat.. memang laa.. due date lg 3 minggu je.. arini genap 37 minggu.. Sejak beberapa hari ni aku asyik mimpi pasal baby.. dah sah laa otak aku memikirkannya tiap masa sampaikan terbawa-bawa ke dlm tido..

 

Smlm sempat ber”sms” ngan mak.. mak dah ingatkan awal-awal yg tiap hujung minggu mendatang, mak ada aktiviti marhaban.. maka segala hal berpantang kenalaa diuruskan oleh abang.. abang takde sebarang masalah.. aku tau abang memang seorang suami yg boleh diharap.. bab memasak pon ok.. aku dapat rasakan yg abang akan jaga aku lebih baik dr aku jaga abang masa dia demam teruk dulu.. huhu

 

Kalo nak cite pasal abang, dia memang unik.. abang bukan jenis romantic, jiwang2 dgn aku.. dgn ex-gfnya memang abang begitu tapi bila dgn aku, it’s totally different.. takde maknanya nak bagi bunga, coklat or teddy bear.. abang kata “awak nak bende2 tu ke nak abang? Pilih laa mana lagi berharga”.. even masa bercouple dulu pon abang leh marah aku directly kalo ada yg tak kena.. tak main laa pendam2 dlm hati..

 

Selama ni abang tak pernah tunjukkan kasih sayang kat aku secara berlebihan.. dia tanak terlalu manjakan aku untuk mengelakkan aku jadi spoil.. abang ajar aku berdikari tapi at the same time kena laa inform dia.. katanya nanti senang bila dia tiada di sisi.. aku rasa bertuah ditemukan dgn abang.. pada pendapat aku, kalo itu jodoh kita, pastinya kita akan serasi bersama.. aku tak rasa semua org boleh cope dgn perangai abang dan juga tak semua org tahan dgn karenah aku..

 

Hmm cerita hal lain plak.. aku agak tension dgn Maybank kerana membekukan akaun simpanan disebabkan tiada sebarang transaksi dalam tempoh setahun.. dulu masa aku blajar kat UK, ATM card aku masih boleh digunakan walopon hanya pulang ke Malaysia setahun sekali.. untuk mengaktifkan semula akaun bank itu dan mengelakkan pemotongan RM10 setiap tahun, kita kena buat urusan pengeluaran wang di kaunter cawangan bank yg mula-mula kita buka akaun.. susah tol..

 

Hmm kaylaa.. aku rasa mengantuk dan mamai.. bosannya keje.. nak cuti.. huhu



nilam @ 1:23 pm
Make a comment
Sunday, November 15, 2009
Cemas Seketika


Petang semalam, satu kejadian yg mencemaskan terjadi kepadaku.. aku tergelincir di bilik air.. mujurlah aku jatuh secara slow motion, di mana tangan aku sempat berpaut pada daun pintu.. lantai bilik air tu pon bukan laa licin disebabkan sabun ke apa, cuma kerana basah saja.. aku terduduk dgn kaki kanan lurus ke depan dan kaki kiri terlipat ke sisi.. mengucap panjang aku dibuatnya..

 

Bila terjadi kejadian tu, aku teringat babak dlm drama tv yg selalu kita tonton.. bila terjatuh, nanti akan tumpah darah.. kalau berlaku di awal kehamilan, selalunya akan mengalami keguguran.. tapi usia kandungan aku skang ni dah mencecah 37 minggu.. kalau lahir waktu ini pon tiada masalah seperti yg doctor katakan.. Aku tunggu beberapa minit di dalam bilik air itu untuk memastikan segalanya ok.. Alhamdulillah, aku dan baby selamat.. baby masih aktif bergerak seperti biasa..

 

Aku masuk ke bilik dan terus berbaring.. mulanya aku ingin rahsiakan dr pengetahuan abang (maklumlaa aku ni jenis independent skit).. tapi bila pikir dua kali, kenapa plak nak diamkan saja? Abang kan suami aku dan dia berhak tau segalanya.. Lagipon kalau apa-apa terjadi padaku, hanya abang sorang yg berada di rumah itu untuk menguruskan segalanya kan?

 

Tak lama selepas tu, abang masuk ke bilik.. mungkin ekspresi muka aku ni tak pandai berselindung menyebabkan abang bertanya kenapa.. aku bitau laa yg aku tergelincir di bilik air.. pada mulanya abang membebel juga sbb aku tak berhati-hati.. kata abang, kalo aku tak pandai jaga diri, dah pasti aku juga yg akan menanggung akibatnya kan.. aku senyap jerlaa sbb aku tau yg abang sebenarnya risau.. marah tandanya sayang..

 

Ni aku kat ofis.. abang OT lagi.. ptg kang kitorg nak gi Giant beli barang keperluan umah.. susu Enfamama dah tinggal skit.. lotion untuk kurangkan stretch mark kat perut pon dah abis.. macam2 laa nak beli.. adakah ini shopping terakhir before aku bersalin? Wallahualam..



nilam @ 8:24 am
Make a comment
Saturday, November 14, 2009
Ucapan Tulus Ikhlas dari Hati Seorang Bekas Kekasih


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yg ke 27 kepada ex-boyfriend saya.. semoga awak berbahagia di samping isteri dan anak tercinta..

 

Terima kasih kerana:-

 

~ pernah mengisi kekosongan hati ini..

~ mengajar erti sayang, cinta dan rindu

~ mengajar erti cemburu, benci dan kecewa

~ menguji sejauh mana kesabaran dan ketabahanku

~ membuatku merasai dugaan bercinta dan peritnya perpisahan

~ meletakkan aku dlm kebingungan mencari punca dan jawapan

~ menjadikan aku lebih kuat dan bangkit semula demi kehidupan masa depan

 

Terima Kasih atas segalanya.. Kenangan pahit manis kita menjadi sejarah kini.. Kehidupan kita tetap diteruskan sehingga detik yg ditentukanNya..



nilam @ 8:57 am
Make a comment
Next Page
About Me


PuTeRiNiLaM @ KeNTaNG
27 Nov 1983

FaVouRiTeS
My Personality Test
My Fotopage
WaniCute
Fina
Kak Lina - Birasku
Ely
Afzan
EE
Zara
Iman
Aliaa
Ajee
Hazawani
Utusan Online
Calendar
<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30
Tagboard
   
Links

What Your Soul Really Looks Like
You are a warm hearted and open minded person. It's easy for you to forgive and forget. You are a grounded person, but you also leave room for imagination and dreams. Your feet may be on the ground, but your head is in the clouds. You believe that people see you as larger than life and important. While this is true, they also think you're a bit full of yourself. Your near future is a lot like the present, and as far as you're concerned, that's a very good thing. For you, love is all about caring and comfort. You couldn't fall in love with someone you didn't trust.
Inside the Room of Your Soul

People Envy Your Compassion
You have a kind heart and an unusual empathy for all living creatures. You tend to absorb others' happiness and pain. People envy your compassion, and more importantly, the connections it helps you build. And compassionate as you are, you feel for them.
What Do People Envy About You?

Your Blogging Type is Logical and Principled
You like to voice your well thought out opinions on your blog. And if someone doesn't what you write, you really don't care! Serious and blunt, sometimes people take your blog the wrong way. But you're a true and loyal friend to those who truly get you.
What's Your Blogging Personality?

You Are A Lily
You are a nurturer and all around natural therapist. People see you as their rock. And they are able to depend on you. You are a soothing influence. You can make people feel better with a few words. Your caring has more of an impact than even you realize.
What Flower Are You?

Guys Like That You're Charming
You're the girl most guys can't get out of their heads Even if they met you on a bad hair day :-) You just seem to "click" with everyone you meet So even if a guy forgets about you for a second... his friends haven't!
What Do Guys Like About You?

You Are A Professional Girlfriend!
You are the perfect girlfriend - big surprise! Heaven knows you've had enough practice. That's why you're a total pro. If there was an Emily Post of girlfriends, it would be you. You know how to act in every situation ... to make both you and your guy happy.
What Kind of Girlfriend Are You?


Contact Me
rss feed
Credits

BLOGDRIVE
TEMPLATES

Bella Blooming